Thursday, August 21, 2008

Karnival Sukan KSKKI 2008


Dilancarkan pada 15hb Ogos 2008, karnival yang julung-julung kali diadakan ini bukan sahaja dapat mempamerkan semangat kesukanan waja, malah ia juga banyak membawa kebaikan selain dari meningkatkan tahap kesihatan para peserta yang terdiri daripada warga Ikram.

Dianjurkan oleh Kelab Sukan dan Kebajikan Kumpulan Ikram (KSKKI), acara pelancaran karnival tersebut meriah dengan kesemua staf Ikram berkumpul, masing-masing mampamirkan semangat kesukanan terhadap pasukan mereka dengan mengenakan kemeja-t dengan warna pasukan masing-masing.

Terdapat empat pasukan kesemuanya : Hornets, Lions, Rhinos dan juga Panther. Setiap pasukan diwakili oleh peserta yang mengambil bahagian didalam acara-acara sukan seperti futsal, boling, bola lisut, badminton, bola jaring, catur, karom, dan lain-lain.

Pasukan Hornet bangkit juara keseluruhan untuk tahun yang kedua. Pasukan Lion dengan markah penuh sebanyak 34 mata jatuh ketangga kedua, diikuti dengan pasukan Rhinos dengan jumlah mata 33 ditangga ketiga manakala pasukan Panther yang mendapat markah penuh sebanyak 27 mata jatuh ketangga terakhir.

Kesemua pemenang secara berkumpulan dan individu telah menerima hadiah berupa wang tunai serta trofi. Tahniah kepada semua pemenang dan semua yang telah mengambil bahagian.

Friday, August 1, 2008

Hari Keluarga Ikram 2008 : You make it 'happening'

Tepat jam 7.30pagi Sabtu 21 Jun 2008, lebih kurang 508 warga Ikram bersama keluarga masing-masing membanjiri padang Ikram untuk menyambut hari keluarga 2008. Pesta yang julung-julung kali di adakan ini adalah untuk merapatkan lagi hubungan sesama warga Ikram disamping dapat beriadah bersama-sama.

Acara dimulakan dengan senaman aerobik (senamrobik) oleh pelatih professional yang dijemput khas pada hari itu. Untuk memeriahkan lagi suasana, ketua-ketua jabatan dijemput untuk bersenamrobik diatas pentas. Kelihatan adik-adik kecil bersama ibu bapa mereka juga turut menyertai senaman tersebut. Selesai sahaja aktiviti memanaskan badan, Encik Zainal Abidin selaku Naib Yang DiPertua KSKKI (Kelab Sukan dan Kebajikan Kumpulan Ikram) telah memberi ucapan alu-aluan dan diikuti dengan acara perasmian ringkas oleh Tuan Haji Nordin selaku wakil bagi Pengarah Urusan Kumpulan Ikram, YBhg Dato’ Chong Ket Pen.

Sarapan pagi menyusul selepas acara perasmian, dan ini telah diikuti oleh acara yang ditunggu-tunggu iaitu 'tele-match'. Antara permainan yang disediakan termasuklah acara tarik-tali, mengisi air di dalam baldi, pertandingan teh-tarik dan bermacam-macam permainan yang menyeronokkan lagi. Tidak lupa juga pertandingan telematch untuk kanak-kanak seperti mencari gula-gula di dalam tepung, menyambut belon berisi air dan balingan nombor ganjil yang semestinya membuat penonton yang menyaksikannya tidak kering gusi!Untuk menambah keseronokkan pada hari itu adalah badut-badut yang menghiburkan kanak-kanak kecil dengan aksi-aksi yang melucukan.


Pihak penganjur juga telah menyediakan ruangan untuk gerai-gerai menjual pelbagai jenis makanan dan minuman untuk para peserta, malah ‘sandart ’ juga disediakan untuk kanak-kanak. Cabutan bertuah turut diadakan dengan hadiah-hadiah menarik.


Hari tersebut berakhir dengan hidangan tengah hari untuk semua yang hadir, beserta dengan ucapan terima kasih ringkas oleh Puan Marina Jaal selaku YangDiPertua KSKKI, sebagai penutup hari keluarga yang meriah.

Lawatan Rasmi oleh Menteri Pengajian Tinggi Malaysia

Pada 15 Julai 2008, Kuala Lumpur Infrastructure University College (KLIUC) telah menerima satu lawatan rasmi oleh Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, YBhg Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin. Ketibaan beliau telah disambut oleh wakil-wakil dari tuan rumah iaitu YBhg Tan Sri Dato’ Abdul Hamid bin Othman, Pengerusi KLIUC, YBhg Dato’ Ir Hasnur Rabiain, Pengarah Eksekutif Protasco Berhad, YBhg Dato’ Ir Chong Ket Pen, Pengarah Urusan Kumpulan Ikram Sdn Bhd, YBhg Prof. Dato’ Wira Ir Dr Mohammad Noor, Presiden KLIUC dan Tuan Haji Baharuddin selaku Pengarah Ikram Education Sdn. Bhd.

Seramai 400 tetamu hadir memenuhi Dewan Serbaguna Ikram pada hari itu. Mereka terdiri daripada tenaga pengajar, kakitangan serta pelajar. Majlis dirasmikan dengan ucapan alu-aluan oleh Presiden KLIUC yang kemudiannya menjemput tetamu kehormat YBhg Dato’ Seri Khaled naik ke atas pentas untuk menyampaikan ucapannya. Menurut YBhg Dato Seri Khaled, kerajaan ingin mengubal semula kepentingan pendidikan di dalam Pelan Malaysia yang ke-9 (9MP), maka peranan institusi-institusi pengajian tinggi menjadi lebih penting dalam menghasilkan graduan yang mempunyai kemahiran lengkap sebelum memulakan kerjaya. Beliau juga percaya bahawa KLIUC boleh menapak jauh di dalam industri pendidikan kerana objektif dan rancangan KLIUC untuk masa hadapan adalah sejajar dengan matlamat yang ditetapkan oleh negara. YBhg Dato’ Seri Khaled kemudiannya telah dijemput untuk menyerahkan sijil perlantikkan ke atas pelajar-pelajar tajaan Tabung Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Protasco Berhad untuk melanjutkan pelajaran di KLIUC.

Pada majlis itu juga beliau menyaksikan pertukaran Memorandum perjanjian di antara KLIUC dan Republik Yemen dan juga Rezzen Sdn Bhd. Negara Yemen telah di wakili oleh Prof. Dr. Ali Kasim Ismail, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi dan Saintifik Republik Yemen, manakala Rezzen Sdn Bhd diwakili oleh Y.Bhg Dato’ Prof. Emeritus Zuraina Majid.

Kempen penerapan nilai-nilai teras Kumpulan Ikram

Perjuangan Kumpulan Ikram untuk mencapai Strategi 10-tahunnya yang dilancarkan awal tahun 2007, telah maju setapak lagi dengan pelancaran kempen nilai-nilai teras syarikat (Company Core Value Campaign) pada 9 Julai 2008.

Sebagai sesuatu yang asasi dalam merealisasikan kejayaan Strategi ini, penerapan nilai-nilai teras adalah amat penting terutamanya bagi fokus transformasi sumber manusia (People Transformation), salah satu antara tiga fokus utama Rangka Transformasi KISB (KISB Transformation Framework) ini.

Majlis pelancaran kempen tersebut telah berlangsung di Dewan Serbaguna Ikram. Ia telah dirasmikan oleh Pengarah Urusan Kumpulan Ikram sendiri, YBhg Dato' Chong Ket Pen dan dihadiri oleh semua warga Ikram. Sebagai acara pembuka tirai kepada kempen yang akan berlangsung selama tiga bulan ini, semua yang hadir telah disajikan dengan satu ceramah berbentuk informatif bertemakan 'kualiti' oleh Ir Tan Swe Kee daripada ITiDi.

Melalui kempen ini, nilai-nilai teras Kumpulan Ikram yang terbahagi kepada tiga nilai utama iaitu Kualiti (Quality), Perkongsian (Sharing) dan Keperihatinan (Caring) akan diterapkan kepada semua warga Ikram secara berperingkat. Setiap bulan selama kempen ini berjalan akan menekankan satu nilai utama dan cabang-cabangnya. Dengan ini, bulan Julai akan membawa fokus pada nilai Kualiti, Ogos pada nilai Perkongsian dan September (yang kebetulannya jatuh pada bulan Ramadhan) pada nilai Keperihatinan.

Selama kempen ini berjalan, warga Ikram juga diingatkan agar menyematkan 'button badges' atau pin butang yang membawa petikan inspirasi berasaskan setiap nilai-nilai teras syarikat. Disamping itu, terdapat juga ceramah-ceramah membina dan bermotivasi, yang akan disampaikan oleh penceramah dan ahli motivasi terkemuka di Malaysia, yang telah diaturkan bagi meningkatkan pemahaman dan penerapan nilai-nilai tersebut kepada warga Ikram.

Semoga, melalui kempen ini, para pekerja akan lebih prihatin terhadap setiap perilaku mereka sebagai seorang ahli warga Kumpulan Ikram untuk mencapai strategi transformasi sumber manusia syarikat menuju mentaliti warga kelas pertama.

Bersama-samalah kita menjayakannya.

Bermulanya ISRA

Kumpulan Ikram telah melangkah setapak lagi di dalam bidang latihan pada 30 Mac 2008 dengan wujudnya akademi latihan yang di beri nama Ikram Skills Training Academy (ISRA). Akademi ini adalah cawangan kepada iTiDi iaitu induk utama dalam pengkhususan latihan.

Perkataan ISRA secara asalnya berasal dari perkataan Arab yang membawa maksud “langkah yang besar” sinonim dengan langkah iTiDi untuk menjadi pusat latihan yang utama di Malaysia.
Majlis perasmian ISRA telah dirasmikan oleh Pengarah Urusan KISB, Y.Bhg Dato’ Chong Ket Pen, dan disaksikan oleh Pengarah ISRA sendiri, Y.Bhg Datuk Abdul Hamid Said, serta Ir Tan Swee Kee selaku Pengarah Eksekutif ISRA.

Majlis yang tidak kurang meriahnya ini juga turut dihadiri oleh ketua–ketua jabatan dan staf Ikram , pelajar-pelajar akademi ISRA dan juga tetamu jemputan daripada jabatan-jabatan korperat yang lain. Pelancaran ISRA secara rasminya telah bermula pada 1 April 2008 dimana penyerahan surat perlantikan telah diserahkan kepada 12 orang staf, mereka akan diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Puan Noreena Datuk Abdul Hamid.

Pada dasarnya hubungan kerja di antara ISRA dan iTiDi bukanlah asing kerana dua institusi ini telah bekerjasama di bidang latihan sejak tahun 2004 lagi. Fokus utama ISRA adalah memberi peluang latihan MLVK kepada pelajarpelajar lepasan sekolah ataupun kepada para pekerja yang ingin memperluaskan skil mereka di bawah program CIDB, Jabatan Pembangunan Kemahiran, Small and Medium Industries Corporation (SMIDEC) dan Pembangunan Sumber Manusia Berhad.

Dengan sambutan yang menggalakkan dari para peserta kemahiran, ISRA yakin mereka dapat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi di Ikram dan membentuk sasaran untuk menjadi syarikat yang bebas konsesi menjelang 2011.

MAJLIS Doa Selamat

Pihak Pengurusan Koperat baru-baru ini telah menganjurkan Majlis bacaan Yaasin dan Doa Selamat di Surau Ikram pada 19 Jun 2008 bersamaan dengan 15 Jamadilakhir 1429. Majlis kesyukuran yang di adakan ini bertujuan untuk memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t dan memohon supaya warga Ikram dan keluarga mereka dianugerahkan dengan kesihatan yang baik dan sejahtera.

Seramai 50 kakitangan Ikram telah berkumpul di surau Ikram pada tepat jam 12.30 tengahhari. Majlis bermula dengan bacaan Yaasin dan diikuti dengan doa selamat yang diketuai oleh Ustaz Md Sabri dari KLIUC. Sejurus selepas azan zohor dilaungkan, para hadirin telah berbaris di saf masing-masing untuk mengerjakan solat jemaah yang sekali lagi diketuai oleh Ustaz Sabri. Selesai solat Zohor, para hadirin dijamu dengan jamuan ringkas sebelum masing-masing beredar untuk menyambung tugas di pejabat.

Anak Cemerlang / Jinjang Pelamin / Newborns



Birthdays August, September & October