Wednesday, October 29, 2008

RUMAH TERBUKA HARI RAYA



Pihak Korporat bersama-sama dengan SFGA telah menganjurkan rumah terbuka hari raya pada 13 Oktober 2008 jam 12.30 tengah hari bertempat di Korporat Lounge bangunan Korporat.. Majlis yang diadakan bersempena dengan Aidilfitri ini adalah kerjasama dua pihak ini menyaksikan dua jabatan bersama-sama menyediakan juadah berkonsepkan “pot luck” serta bersama-sama menghiasi bilik Korporat Lounge dengan hiasan berkonsepkan Hari Raya.

Turut hadir di majlis yang meriah ini ialah Pengarah Urusan Kumpulan Ikram Sdn Bhd, Y.Bhg Dato’ Chong Ket Pen, serta ketua-ketua jabatan di bawah KISB berserta rombongan perniagaan dari ARRB group Australia seramai tiga orang yang di jemput sama untuk memeriahkan majlis tersebut

Antara juadah hari raya yang disajikan ialah ketupat, lemang, rendang, kuah kacang serta pelbagai hidangan kuih raya yang lain. Di majlis tersebut juga dua pemenang pakaian hari raya terbaik diumumkan oleh pengerusi majlis, bagi kategori lelaki dimenangi oleh Encik Rofaie dari SFGA manakala bagi kategori wanita dimenangi oleh Puan Adlin dengan pakaian kebayanya.

No comments: